Monday, May 25, 2009

YONG: BN JANGAN PUTAR BELIT FMU- NST

Datuk Yong Teck Lee- Presiden SAPP

NABAWAN: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee meminta su-paya pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini tidak memutarbelitkan keberkesanan fungsi ‘Forest Management Unit’ (FMU) yang diwujudkan kira-kira lebih sepuluh tahun lalu.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin BN yang memesongkan matlamat pengwujudan FMU mengelirukan rakyat di negeri ini tentang kewujudan FMU dan objektif yang sebenar sehingga fahaman rakyat negatif tentang FMU.

Yong yang merupakan mantan Ketua Menteri Sabah berkata, kewujudan FMU sebenarnya te-lah dipersetujui oleh semua Menteri Kabinet Negeri ketika itu dan telah memahami dasar-dasarnya sekitar tahun 1997 iaitu semasa giliran saya sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah yang diamalkan pada ketika itu.

“Kalau pun sekarang saya berada di pihak pembangkang tidak baiklah kalau tujuan FMU itu dipolitikkan dan diputar-belitkan sehingga mengelirukan rakyat,” kata Presiden SAPP itu.

Yong berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 masyarakat berbilang kaum di kawasan Pedalaman ketika merasmikan Pesta Kaamatan anjuran SAPP peringkat Negeri Sabah yang di Kg Saupi dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata, tujuan sebenar FMU adalah untuk membendung usaha-usaha penerokaan hutan secara berlebihan selain menjaga kemusnahan ekosistem secara jangka panjang.

Katanya, untuk memastikan dasar dan objektif FMU mencapai sasarannya, satu jawatan-kuasa pengurusan hutan telah dibentuk pada ketika itu bagi mempastikan pelaksanaannya menepati sasaran.

Amat menyedihkan kata Yong, niat suci dan perancangan baik beliau itu kemudiannya diputar-belitkan oleh pihak tertentu sehingga rakyat menyalahtafsirkan tujuan tersebut sebagai suatu perancangan yang tidak baik kepada rakyat di negeri ini.

“Saya masih ingat bahawa lebih kurang 40 ribu geran geran tanah kelas N.T telah diproses dan diluluskan ketika saya menjadi Ketua Men-teri dahulu dalam sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri,” jelas Yong.

Ini katanya, menunjukkan pada masa itu kita tidak abaikan tanggungjawab untuk menjaga hak rakyat dan kepentingan rakyat.

Menurut Yong, dasar FMU tidak menjejaskan perkampungan tradisi bumiputra termasuklah segala hak rakyat di sesuatu kawasan dan keutamaan adalah kepada rakyat.

Menyentuh perayaan Pesta Kaamatan, Yong berkata, ia mempunyai signifikannya tersendiri dalam memelihara adat dan seni budaya sesuatu kaum yang ada di negeri ini.

Jelasnya, Sabah mempunyai lebih 30 etnik suku kaum di mana masing-masing etnik itu mempunyai adat dan seni budaya tersendiri yang perlu dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita harus menghormatinya kerana adat dan senibudaya disini bukan suatu perkara yang baru malah ia telah wujud sejak turun temurun,” katanya.

0 Comments: