Tuesday, May 19, 2009

DEMOKRASI : TERKELUAR DARI LINGKUNGAN DIVERSITI ?


DEMOKRASI JANGAN MEMBERI TEKANAN KEPADA MINORITI

1. Demokrasi didefinisikan sebagai suatu bentuk kerajaan di mana kuasa mengubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat atau wakil-wakil rakyat. 

2. Ciri-ciri am demokrasi adalah keterbatasan kuasa melalui perlembagaan negara, doktrin pengasingan kuasa (Ianya juga dikenali sebagai doktrin “liberal-demokratik”- Sir Ivor Jennings, 1959, The Law and The Constitution ) pembentukan kerajaan melalui proses pilihanraya, jaminan kebebasan (mengundi, bersuara, berpersatuan, akhbar dll), menjunjung Rule of law dan hak asasi manusia-sivik. 

3. Saya sering kali mempersoalkan persoalan diversiti dan realiti demokrasi di Malaysia. Isu kedudukan Islam, etnik Melayu, dasar bahasa Melayu, dasar kebudayaan kebangsaan, dasar pendidikan negara (DPN), kontrak sosial dan sebagainya sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia merupakan antara isu pokok; seolah-olah anti diversiti atau tidak menghayati falsafah demokrasi sejagat.

4. Diversiti membawa makna kepelbagaian. Kepelbagaian ini boleh diukur dalam banyak segi sama ada kepercayaan, etniksiti, bahasa pertuturan, kebudayaan dan sebagainya. Lanskap sosial Malaysia menyaksikan nilai etniksiti ini terlalu dominan dalam perlembagaan dan mempengaruhi nilai-nilai sejagat yang lain – kepercayaan, etniksiti, bahasa pertuturan, kebudayaan dalam realiti masyarakat di Malaysia.

5. Saya bukan mempersoal apa yang telah dipersetujui dalam perlembagaan mau pun dasarnya tetapi yang menjadi perkara pokok adalah perlaksanaan demokrasi agar mendukung konsep keadilan sejagat yang membolehkan setiap rakyat tidak dipinggirkan dalam wacana pembangunan negara.

6. Saya pernah terdengar pemimpin (BN-UMNO) dengan sombong mangatakan ‘jangan menjolok sarang tebuan. Perkara tersebut terkandung dalam perlembagaan’-Dato’ Zahid Hamidi. Beliau mempertahankan keistemewaan Melayu dalam sistem demokrasi Malaysia.

7. Ya, saya tidak mempersoalkannya tetapi rakyat sudah mula sedar bahawa sistem demokrasi yang di negara kita telah lari dari jauh meninggalkan konsep diversiti.
8. Diversiti ini, jika dirujuk pada Perlembagaan Malaysia seseolah-olah tidak wujud, walaupun perlembagaan ini dibentuk berasaskan roh atau spirit demokrasi dan realiti rumpun bangsa Malaysia yang plural.

9. Secara implisisnya, falsafah demokrasi dan realiti diversiti ini seolah-olah bertentangan antara satu sama lain jika dilihat secara harfiah pada Perlembagaan Malaysia.

10. Realitinya pihak kerajaan yang didominasi oleh UMNO dan BN dewasa ini bersikap double standard dalam memelihara hak-hak bangsa-bangsa non-malay dalam konteks Malaysia melalui pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannnya Dasar Pembangunan Nasional (DPN); akhirnya realiti ini disimpulkan sebagai anti-diversiti atau anti-demokrasi dan dinisbahkan pada Perlembagaan Malaysia yang anti diversiti dan demokrasi.

11. Posisi bangsa Melayu hakikinya ada dalam Perlembagaan Malaysia. Pengenalan dasar-dasar ini oleh kerajaan adalah suatu manefestasi Perkara 153 – persoalan Kedudukan Istimewa Bangsa Melayu (Special Position) sebagaimana yang dijunjung oleh semua rakyat Malaysia. Tidak timbul lagi persoalan diversiti dan demokrasi sama ada wujud dalam perlembagaan atau tidak kerana dalam pembentukan Perlembagaan Malaysia jika dilihat melalui disiplin sejarah, kedua-dua aspek tersebut bergerak seiring.

12. Malangnya Malaysia dipimpin oleh UMNO/BN yang langsung tidak menghayati diversiti dan demokrasi sebagaimana yang diperuntukan oleh perlembagaan, yang akhirnya kita rakyat Malaysia melihat kondisi double standard yang berlaku di kalangan rakyat dewasa ini (pada tahap yang tenat). Dato’ Seri PM harus menjadikankan gagasan 1 Malaysia sebagai Gagasan Rakyat Malaysia dan bukan bangsa singular Sahaja.

0 Comments: