Thursday, May 28, 2009

(RMK-9) : 19.410 Billion untuk Sabah tetapi.....


9 kampung putus hubungan: 2,000 penduduk sukar pasarkan hasil pertanian dan sayur-sayuran di pekan Tenom 

JIKA di bandar, masyarakat mudah menikmati pengangkutan persendirian atau awam. Hakikatnya nun di pelosok pedalaman, pengangkutan adalah antara rencam kehidupan yang amat memeritkan. 

Bagi penduduk di pedalaman Tenom, Sabah, kereta api diesel yang beroperasi sejak 1970 adalah nadi kehidupan mereka setiap kali mahu ke pekan Tenom. Kereta api yang menggunakan enjin Hitachi 5101 milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu adalah satu-satunya pengangkutan awam yang membawa mereka keluar dari kawasan dikelilingi hutan.

Setiap kali kereta api memulakan perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke Stesen Kereta Api Beaufort sejauh 49 kilometer, penduduk kampung di sepanjang landasan berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menggunakannya untuk ke pekan Tenom atau Beaufort. 
Bagaimanapun, tragedi pada jam 3 petang, 9 April 2008 menyebabkan mereka tidak lagi menikmati perkhidmatan itu. Dua terbunuh manakala 24 lagi cedera, termasuk tiga parah apabila kereta api yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Padas di Kampung Tenom Lama. Selama enam bulan, mereka tidak dapat menaiki kereta api berikutan kerja membaik pulih landasan yang dilaksanakan JKNS.

Dalam tempoh itu, mereka terpaksa berjalan setiap kali ingin ke pekan Tenom atau Beaufort. Bagaimanapun, berdasarkan rayuan penduduk, JKNS memulakan semula perkhidmatan kereta api dari dua arah, iaitu Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh dan Stesen Kereta Api Beufort-Kampung Halogilad. 

Bagaimanapun, mereka sekali lagi dihimpit kesukaran apabila JKNS menghentikan perkhidmatan kereta api Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh berikutan tebing Sungai Padas mengalami hakisan teruk akibat banjir pada Disember lalu. 

Landasan yang bergerak seiring dengan tebing Sungai Padas perlu dibaik pulih, manakala tebing sungai yang terhakis perlu diperkukuh melalui kerja pembaikan. 

Sejak Januari lalu hingga kini, kira-kira 2,000 penduduk di sembilan kampung terpaksa mencari alternatif pengangkutan untuk membawa hasil pertanian seperti getah, pisang, koko dan pelbagai jenis sayur-sayuran untuk dipasarkan di pekan Tenom.
Terdesak dengan ketiadaan alat pengangkutan, mereka menggunakan kreativiti sendiri dengan membina troli untuk digerakkan di landasan kereta api. 

Penduduk Kampung Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh yang terputus hubungan dengan dunia luar, terpaksa menggunakan troli untuk ke pekan Tenom

Meskipun terpaksa bermandi peluh dan menahan lenguh, penduduk yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa mencipta troli diperbuat daripada papan berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter untuk menyambung kehidupan. 

Di atas troli itulah, mereka menujah kayu ke tanah untuk membolehkan troli meluncur di landasan bagi perjalanan di antara tiga hingga 15 kilometer (km) dari Stesen Kereta Api Tenom ke destinasi terakhir iaitu Kampung Rayoh. 

Mereka tidak pernah menikmati kemudahan jalan berturap, apatah lagi jalan raya. Dengan mengumpul kudrat empat kerat, mereka menguatkan tekad menolak troli dengan peluh menyimbah di bawah terik matahari. 

Bagi perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke sembilan kampung itu, mereka mengerah tenaga selama kira-kira dua jam meniti landasan menuruni bukit. Keperitan itu kian menghimpit setiap kali mereka mendaki bukit sebelum tiba di pekan Tenom dalam tempoh tiga jam. 

Perit-jerih mendaki bukit menyebabkan mereka terpaksa turun dari troli untuk menolak alat pengangkutan itu. Setiap kali bertembung dengan pengguna troli dari arah bertentangan, diplomasi dan kesabaran tahap tertinggi dituntut supaya tiada yang berkecil hati. 

Pengguna troli yang tidak membawa barang, penumpang anak kecil atau warga emas, harus mengalah untuk turun dari troli dan mengangkat papan beroda itu bagi memberi laluan kepada pengguna lain. 

Dengan troli itulah, mereka membawa getah keping atau sekerap, selain hasil pertanian yang lain ke pekan Tenom. Selesai menjual getah atau hasil pertanian, lazimnya mereka membeli barangan makanan untuk dimuatkan di atas troli. 

Keringat yang membasahi tubuh setiap kali menolak troli adalah rencam kehidupan masyarakat jauh di pedalaman Tenom. Walaupun terpaksa mengharungi kesukaran dan penderitaan, hidup mesti diteruskan. Jauh di sudut sanubari mereka mengharapkan agar kerja membaiki landasan oleh JKNS segera disiapkan. 


Permohonan Herald tangguh perintah larangan guna Allah ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan akhbar mingguan, Herald Catholic Weekly, bagi mendapatkan perintah menangguh keputusan Kementerian Dalam Negeri, melarangnya menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan itu. 

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan peguam S Selvarajah dan Porres Royan yang mewakili pemohon, ketua paderi, Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam dan Peguam-peguam Kanan Persekutuan, Munahyza Mustaffa dan Andi Razalijaya A Dadi, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri, selaku responden. 

Andi Razalijaya berkata, hakim membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bahawa adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam dan penganut bukan Islam menerbitkan atau menyiarkan perkataan Allah untuk dikaitkan dengan agama selain Islam.

"Hakim berpendapat jika permohonan penangguhan itu dibenarkan, ia ibarat menyokong kesalahan yang akan dilakukan jika Herald diedar di negeri-negeri lain," katanya di luar kamar hakim. 

Pada 24 April lalu, Pakiam mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009 bahawa permit penerbitan akhbar itu bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009, tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan Allah dalam Herald. 

Pemohon juga dibenarkan memohon sembilan perintah termasuk mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai tidak sah dan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

Dalam permohonannya bagi semakan undang-undang, Pakiam memohon antara lain supaya ditetapkan bagi dia mempunyai hak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah dalam Herald dan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak membenarkan responden melarangnya menggunakan perkataan Allah dalam akhbar itu. 

Hakim Lau menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan semakan undang-undang itu. - Bernama

We endorse the Appeal To Reconsider The Use Of The Word "Allah". Petition to Prime Minister Of Malaysia.

Sign the petition at : http://www.petitiononline.com/sabahan/petition.html


Wednesday, May 27, 2009

Anwar saman Anifah RM100 juta - Malaysiakini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman bagi menuntut gantirugi RM100 juta berhubung kenyataan menteri itu dalam satu sidang akhbar di Washington baru-baru ini.


Writ saman itu difailkan oleh peguamnya, N Sankara Nair di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 2.10 petang ini.

Anifah - selaku ahli Parlimen Kimanis - dinamakan sebagai defendan pertama, menteri luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga. 

Ketua pembangkang itu juga menuntut gantirugi RM100 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan dan injunksi untuk menghalang Anifah melafaz,
bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah itu.

Bung Moktar cadang wujud DUN baru di Kinabatangan - NST

KINABATANGAN: Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata beliau telah mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan negeri bagi diwujudkan satu lagi kawasan Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Kinabatangan.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan tambahan kawasan DUN di kawasan Parlimen itu atas faktor keluasannya yang dianggarkan 70,000 kilometer persegi.

“Saya telah berjumpa dengan SPR dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Amam baru-baru ini untuk memaklumkan tentang cadangan mewujudkan DUN baru itu.

“Ianya bukan bermotifkan untuk menambah wakil rakyat tetapi keluasan kawasan di Parlimen Kinabatangan antara DUN Sukau dan DUN Kuamut membebankan wakil rakyat untuk berkhidmat secara menyeluruh,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan cawangan-cawangan Umno Zon Bukit Garam di sini kelamrin, Bung Moktar berkata faktor keluasan kawasan Parlimen Kinabatangan itu turut menyumbang kepada kesuka-ran pelaksanaan program pembangunan dan wakil rakyat berjumpa dengan rakyat di kawasan itu.

Katanya cadangan beliau bagi diwujudkan DUN baru yang akan dikenali sebagai DUN Bukit Garam itu dikemukakan untuk kepentingan rakyat di kawasan itu.

“Jika cadangan itu diluluskan kelak, saya cukup optimis ia akan dapat memberi manfaat kepada rakyat dan memberi ruang yang luas kepada wakil rakyat untuk berkhidmat secara bijaksana serta dedikasi,” katanya.

Katanya beliau pernah mengemukakan cadangan yang sama sejak lapan tahun lepas tetapi ditolak oleh kerajaan negeri.

“Kini sudah sampai ma-sanya DUN baru itu diwujudkan kerana jumlah penduduk dan pengundi di Parlimen Kinabatangan sudah bertambah,” katanya.

Monday, May 25, 2009

PEMIMPIN HARUS BERJIWA ORANG KAMPUNG

Kalau ingin mengenali lebih dekat atau membuat kajian tentang tentang jalan raya yang becak, berbahaya, bengkang-bengkok dan sempit, anda dipelawa melawat Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.


Baiklah saudara-saudaraku, hari ini saya ingin bercerita tentang jalan raya Kota Belud-Kota Marudu-Kudat. Kawasan ini terletak di kawasan P.167 Kudat dan P.168 Kota Marudu. Kawasan P.167 Kudat dipimpin oleh saudara kita Datu Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Kawasan P.168 dibawah autoriti saudara (Datuk) Dr. Maximus J.Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Nah, sebelum itu kita ikuti dulu temuramah wartasabah (WS) dengan kedua-dua orang persekutuan ini mengenai sejauh mana pengetahuan mereka tentang kualiti jalan raya Kota Belud-Kota Marudu-Kudat.


Bersama Datuk Dr.Max J. Ongkili (DrM)

WS : Pernah Melalui jalan raya KB-KM-KDT Datuk…

DrM : Kadang-kadang saja, biasa naik helikopter kerajaan negeri Sabah.

WS : Apa pandangan Datuk tentang jalan raya KB-KM-KDT.

DrM : Oh..sejak BN memerintah Sabah, kemudahan infrastruktur terutamanya jalan raya berada dalam keadaan yang sangat memuaskan. Rakyat harus berterima kasih dengan kerajaan. Mereka harus membalas budi dengan mengundi BN semasa PRU 13 nanti..

WS : (Dalam hati….butakah Datuk ini.. mentang-mentang tinggal di Kuala Lumpur)


Bersama Datuk Rahim Bakri

WS : Pernah Melalui jalan raya KB-KM-KDT Datuk…

DrM : Selalu juga..

WS : Apa pandangan Datuk tentang jalan raya KB-KM-KDT.

DrM : Kalau dibandingkan dengan kawasan luar bandar, jalan raya KB-KM-KDT boleh OK juga. Apa lagi rakyat mahu, yang penting kereta boleh limpas bah..

WS : (Dalam hati….hehe..Datuk Naik Ninja King bah kan..)

* Nota : Temuramah di atas bukan tulin tapi agak-agak begitulah jawapan mereka..

Realitinya :

  1. Jalan Ulu-Kukut yang berlubang, runtuh dan tidak rata sudah lebih 10 tahun tiada penyelenggaraan. Kemalangan maut sering berlaku.
  2. Beberapa ketika dahulu, bekas menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu pernah melalui jalan ini tetapi tiada respon diterima. (waktu tu dia mabuk bahar)
  3. JKR tidak produktif melaksanakan tugas. (mungkin tiada kemahiran)
  4. Wakil Rakyat tiada ‘Power’ minta peruntukan. (alasan saja, tipu rakyat konon..)
  5. Wakil-wakil parlimen sibuk di KL, tiada masa untuk melihat masalah rakyat sendiri. (Kacang lupakan kulit)
  6. Dulu mereka berjiwa rakyat..sekarang mereka berkarat di KL..kami dilupakan :-(
  7. Dulu nak menang Pilihanraya, janji-janji manis ditabur. Nak buat itulah, nak bina itulah..

Kudat road needs urgent repairs- DAP



Kudat: Urgent repair works are needed to fix a main road to a village near Sikuati, here, that was damaged by a landslide about two years ago.

Sabah DAP Infrastructure Bureau chief, John Lee Kim Seng, said the landslide created a trench about 10 metres deep and also reduced more than 60 per cent of the original width of the road to Kg Tulid Toporoi, which is about 50km from town.

"If there is any further erosion, it might result in a complete cut-off of the major road access to Kudat.

"Furthermore, there are also numerous sections of the road at nearby Kg Ulu Kukut, which also incurred damage due to landslides, that need repair works to prevent accidents.

"We urge the Public Works Department to speed up the work, since a Federal fund of RM2.8 million has been allocated for the purpose," he said.

YONG: BN JANGAN PUTAR BELIT FMU- NST

Datuk Yong Teck Lee- Presiden SAPP

NABAWAN: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee meminta su-paya pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini tidak memutarbelitkan keberkesanan fungsi ‘Forest Management Unit’ (FMU) yang diwujudkan kira-kira lebih sepuluh tahun lalu.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin BN yang memesongkan matlamat pengwujudan FMU mengelirukan rakyat di negeri ini tentang kewujudan FMU dan objektif yang sebenar sehingga fahaman rakyat negatif tentang FMU.

Yong yang merupakan mantan Ketua Menteri Sabah berkata, kewujudan FMU sebenarnya te-lah dipersetujui oleh semua Menteri Kabinet Negeri ketika itu dan telah memahami dasar-dasarnya sekitar tahun 1997 iaitu semasa giliran saya sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah yang diamalkan pada ketika itu.

“Kalau pun sekarang saya berada di pihak pembangkang tidak baiklah kalau tujuan FMU itu dipolitikkan dan diputar-belitkan sehingga mengelirukan rakyat,” kata Presiden SAPP itu.

Yong berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 masyarakat berbilang kaum di kawasan Pedalaman ketika merasmikan Pesta Kaamatan anjuran SAPP peringkat Negeri Sabah yang di Kg Saupi dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata, tujuan sebenar FMU adalah untuk membendung usaha-usaha penerokaan hutan secara berlebihan selain menjaga kemusnahan ekosistem secara jangka panjang.

Katanya, untuk memastikan dasar dan objektif FMU mencapai sasarannya, satu jawatan-kuasa pengurusan hutan telah dibentuk pada ketika itu bagi mempastikan pelaksanaannya menepati sasaran.

Amat menyedihkan kata Yong, niat suci dan perancangan baik beliau itu kemudiannya diputar-belitkan oleh pihak tertentu sehingga rakyat menyalahtafsirkan tujuan tersebut sebagai suatu perancangan yang tidak baik kepada rakyat di negeri ini.

“Saya masih ingat bahawa lebih kurang 40 ribu geran geran tanah kelas N.T telah diproses dan diluluskan ketika saya menjadi Ketua Men-teri dahulu dalam sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri,” jelas Yong.

Ini katanya, menunjukkan pada masa itu kita tidak abaikan tanggungjawab untuk menjaga hak rakyat dan kepentingan rakyat.

Menurut Yong, dasar FMU tidak menjejaskan perkampungan tradisi bumiputra termasuklah segala hak rakyat di sesuatu kawasan dan keutamaan adalah kepada rakyat.

Menyentuh perayaan Pesta Kaamatan, Yong berkata, ia mempunyai signifikannya tersendiri dalam memelihara adat dan seni budaya sesuatu kaum yang ada di negeri ini.

Jelasnya, Sabah mempunyai lebih 30 etnik suku kaum di mana masing-masing etnik itu mempunyai adat dan seni budaya tersendiri yang perlu dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita harus menghormatinya kerana adat dan senibudaya disini bukan suatu perkara yang baru malah ia telah wujud sejak turun temurun,” katanya.

Sunday, May 24, 2009

Umno Ditalkinkan Di Sabah - Sabahdaily

Menggemparkan! Menggerunkan! Bayangkan ahli Umno sanggup mentalkin parti mereka sendiri!…Perkara ini berlaku di sebuah kampung di Semporna, Sabah apabila penduduk kampung yang tidak puas hati terhadap Umno berhubung isu tanah telah bertindak berbaring di atas lantai dan diselubungi dengan bendera Umno sebagai simbol bahawa parti tersebut telah mati.

Kematian tersebut boleh ditafsirkan sebagai kegagalan parti tersebut untuik memperjuangkan hak penduduk kampung berkenaan mengenai tanah milik mereka.

Penduduk kampung juga berdiri dihadapan “mayat” Umno sambil melakunkan bacaan doa untuk parti yang terkujur dipembaringan.

Gambar tersebut diperolehi daripada blog Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali dengan nama Chegu Bard.

Ketika dihubungi Chegu Bard berkata beliau agak terkejut dengan keberanian ahli-ahli Umno tersebut yang telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Umno melalui perbuatan simbolik tersebut.

“Ini menunjukkan Umno telah mati di hati orang Melayu,” komen ringkas beliau.

Semporna merupakan kawasan Parlimen bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Tuesday, May 19, 2009

DEMOKRASI : TERKELUAR DARI LINGKUNGAN DIVERSITI ?


DEMOKRASI JANGAN MEMBERI TEKANAN KEPADA MINORITI

1. Demokrasi didefinisikan sebagai suatu bentuk kerajaan di mana kuasa mengubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat atau wakil-wakil rakyat. 

2. Ciri-ciri am demokrasi adalah keterbatasan kuasa melalui perlembagaan negara, doktrin pengasingan kuasa (Ianya juga dikenali sebagai doktrin “liberal-demokratik”- Sir Ivor Jennings, 1959, The Law and The Constitution ) pembentukan kerajaan melalui proses pilihanraya, jaminan kebebasan (mengundi, bersuara, berpersatuan, akhbar dll), menjunjung Rule of law dan hak asasi manusia-sivik. 

3. Saya sering kali mempersoalkan persoalan diversiti dan realiti demokrasi di Malaysia. Isu kedudukan Islam, etnik Melayu, dasar bahasa Melayu, dasar kebudayaan kebangsaan, dasar pendidikan negara (DPN), kontrak sosial dan sebagainya sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia merupakan antara isu pokok; seolah-olah anti diversiti atau tidak menghayati falsafah demokrasi sejagat.

4. Diversiti membawa makna kepelbagaian. Kepelbagaian ini boleh diukur dalam banyak segi sama ada kepercayaan, etniksiti, bahasa pertuturan, kebudayaan dan sebagainya. Lanskap sosial Malaysia menyaksikan nilai etniksiti ini terlalu dominan dalam perlembagaan dan mempengaruhi nilai-nilai sejagat yang lain – kepercayaan, etniksiti, bahasa pertuturan, kebudayaan dalam realiti masyarakat di Malaysia.

5. Saya bukan mempersoal apa yang telah dipersetujui dalam perlembagaan mau pun dasarnya tetapi yang menjadi perkara pokok adalah perlaksanaan demokrasi agar mendukung konsep keadilan sejagat yang membolehkan setiap rakyat tidak dipinggirkan dalam wacana pembangunan negara.

6. Saya pernah terdengar pemimpin (BN-UMNO) dengan sombong mangatakan ‘jangan menjolok sarang tebuan. Perkara tersebut terkandung dalam perlembagaan’-Dato’ Zahid Hamidi. Beliau mempertahankan keistemewaan Melayu dalam sistem demokrasi Malaysia.

7. Ya, saya tidak mempersoalkannya tetapi rakyat sudah mula sedar bahawa sistem demokrasi yang di negara kita telah lari dari jauh meninggalkan konsep diversiti.
8. Diversiti ini, jika dirujuk pada Perlembagaan Malaysia seseolah-olah tidak wujud, walaupun perlembagaan ini dibentuk berasaskan roh atau spirit demokrasi dan realiti rumpun bangsa Malaysia yang plural.

9. Secara implisisnya, falsafah demokrasi dan realiti diversiti ini seolah-olah bertentangan antara satu sama lain jika dilihat secara harfiah pada Perlembagaan Malaysia.

10. Realitinya pihak kerajaan yang didominasi oleh UMNO dan BN dewasa ini bersikap double standard dalam memelihara hak-hak bangsa-bangsa non-malay dalam konteks Malaysia melalui pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannnya Dasar Pembangunan Nasional (DPN); akhirnya realiti ini disimpulkan sebagai anti-diversiti atau anti-demokrasi dan dinisbahkan pada Perlembagaan Malaysia yang anti diversiti dan demokrasi.

11. Posisi bangsa Melayu hakikinya ada dalam Perlembagaan Malaysia. Pengenalan dasar-dasar ini oleh kerajaan adalah suatu manefestasi Perkara 153 – persoalan Kedudukan Istimewa Bangsa Melayu (Special Position) sebagaimana yang dijunjung oleh semua rakyat Malaysia. Tidak timbul lagi persoalan diversiti dan demokrasi sama ada wujud dalam perlembagaan atau tidak kerana dalam pembentukan Perlembagaan Malaysia jika dilihat melalui disiplin sejarah, kedua-dua aspek tersebut bergerak seiring.

12. Malangnya Malaysia dipimpin oleh UMNO/BN yang langsung tidak menghayati diversiti dan demokrasi sebagaimana yang diperuntukan oleh perlembagaan, yang akhirnya kita rakyat Malaysia melihat kondisi double standard yang berlaku di kalangan rakyat dewasa ini (pada tahap yang tenat). Dato’ Seri PM harus menjadikankan gagasan 1 Malaysia sebagai Gagasan Rakyat Malaysia dan bukan bangsa singular Sahaja.

Friday, May 15, 2009

ARTIKEL 11 : DIGONCANGKAN OLEH KRISIS KEIMANAN



Perkara 11 : Kebebasan Beragama

"3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak -

a) Mengurus hal-ehwal agama sendiri.

b) Menubuhkan dan menyenggarakaninstitusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

c) Memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkanyamengikut undang-undang. "

______________________________________________________________

1. Agama adalah hubungan manusia dengan Tuhannya. Oleh itu manusia bebas memilih pegangan masing-masing mengikut kepercayaan dan keyakinannya dan ia secara mandatori tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak termasuklah kerajaan, organisasi, politikus, agamawan bahkan ibubapa.

2. Kebebasan beragama bermaksud setiap manusia mempunyai peluang yang sama untuk memilih pegangan iman masing-masing. Hal kepercayaan terhadap syurga dan neraka juga berlandaskan iman masing-masing. "Bacakitab tanya iman"

3. Walaubagaimanapun negara kita tidak membenarkan apa juga agama untuk mengembangkan dakyah secara terbuka  kerana ia akan merosakkan hubungan antara agama. Ini sangat benar. Tetapi saya tidak  takut dengan mereka yang memberi dakyah kepada saya kerana saya punya iman yang kuat. 
   

4. Saya seorang Kristian, Ibubaba saya kristian, Makcik saya seorang Muslim, sanak-saudara saya juga ramai yang beragama Islam. Kami akan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Saya memanjatkan doa kepada "ALLAH", mereka juga mengungkap kalimah yang sama. Kami bersama-sama menggunakan kalimah 'ALLAH' lebih 50 tahun namun tiada masalah berlaku. Tiada yang murtad dan dimurtadkan atau memurtadkan diri. Ini soaliman... 

5. Kalau kita rasa tergugat dengan perkembangan agama lain jagan cepat melatah atau mengangkat keris. Ini hanya mengaibkan kita. Ini juga soal iman sendiri..

6. ALLAH pasti murka apabila keagungan namaNya dibawa ke Makhamah. Takutlah kepadaTuhan... di mana iman mu..

7. Saya sangat takut sekiranya perkara ini berterusan. Bayangkan Dato' Zahid Hamidi danTan Sri Benard Dompok tumbuk-menumbuk di dewan Parlimen.. Lagi ngeri sekiranya sayabunuh kawan saya (Cikgu Baharum Muhamad) atau dia yang bunuh saya. Tanganilah masalah ini secara budiman dan holistik. 

8. Akhir sekali, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar berdoa khusus untuk keamanan dan keharmonian negara kita." Malaysia Penuh KumuliaaanMu".