Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.
Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.
Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.
Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.
Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.
Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.
Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.
Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.
"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.
"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."
Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.
Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.
Wednesday, July 15, 2009
9 orang Kristian ditahan di UPM - Malaysiakini
Posted by Pandi Gustoromo, Md at 7:11 AM 0 comments
Labels: 9 orang Kristian ditahan di UPM
Wednesday, July 8, 2009
Laman web Rumah Putih, Pentagon diserang penggodam -AFP

WASHINGTON: Berpuluh laman web milik kerajaan Amerika Syarikat, termasuk Rumah Putih dan Pentagon selain di Korea Selatan diserang penggodam siber terancang, menurut pakar keselamatan komputer, semalam.
Ia disahkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Amerika bahawa laman web kerajaan dan swasta negara itu diserang oleh apa yang dinamakan sebagai “distributed denial of service” atau DDoS.
Bagaimanapun, kemeneterian berkenaan enggan memberikan nama laman web yang terjejas atau menjadi sasaran serangan DDos itu.
Serangan DDos bertujuan melemahkan laman web dengan menghantar limpahan trafik atau pelayar yang terlalu ramai memasuki laman yang disasarkan.
“Ia satu serangan yang besar," kata Johannes Ullrich, ketua pegawai teknologi SANS Internet Storm Center.
Beliau mengesahkan serangan yang mirip penggodam itu bermula sejak seminggu lalu.
"Ia bukannya satu serangan yang terlalu rumit. Ia cuma menghantar satu kemasukan trafik yang besar untuk melumpuhkan laman web sehinga menyukarkan ekses.
"Salah satu laman web yang teruk diserang ialah Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika," katanya.
Ullrich berkata, laman web milik kerajaan yang turut diserang ialah Rumah Putih, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam Persekutuan, Agensi Keselamatan Negara, Jabatan Negara, Perkhidmatan Pos Negara dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
Laman web Pentagon - defenselink.mil - turut menjadi sasaran serangan itu termasuk laman web tentera Amerika yang berpangkalan di Korea Selatan. - AFP
Serangan siber berpunca dari Korea Utara?
09/07/2009 12:39pm
SEOUL 10 Julai – Korea Utara yang melancarkan ujian peluru berpandu dan mengancam Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dikenal pasti sebagai suspek dalam serangan siber ke atas laman-laman web milik kerajaan di AS dan Korea Selatan.
Keupayaan pengkomputeran Korea Utara tidak diketahui namun pakar menyatakan bahawa serangan sedemikian adalah mudah dan murah dilakukan dengan bantuan pihak luar.
Serangan-serangan itu mula melumpuhkan laman web di AS pada cuti hujung minggu sambutan Hari Kemerdekaan pada 4 Julai lalu sementara serangan di Korea Selatan bermula dua hari lalu.
Sebuah syarikat keselamatan komputer Korea Selatan menyatakan, satu lagi gelombang serangan siber dijangka berlaku lewat hari ini. – AFP
Posted by Pandi Gustoromo, Md at 7:40 PM 0 comments
Labels: Rumah Putih dan Pentagon selain di Korea Selatan diserang penggodam siber terancang
Thursday, July 2, 2009
Mansuhkan terus ISA, kata PBRS - NST
KOTA KINABALU: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji atau dipinda tetapi sepatutnya dimansuhkan terus, kata seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Naib Presiden I PBRS, Baharuddin Nayan berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan Akta baru menggantikan ISA, jika sekiranya ISA dimansuhkan, kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.
Beliau bagaimanapun menyokong cadangan untuk menyemak semula 32 Akta lain seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.
“Saya pernah menyuarakan ketidakpuashatian terhadap cara penyampaian Akta ini semasa tahun 1992. Ini kerana saya dapati tahanan ISA tidak diperlakukan dengan baik, dan ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.
“Banyak pihak seperti NGO (badan bukan kerajaan) telah menyuarakan perkara yang sama dan mahu melihat Akta ini dimansuhkan,” katanya kepada.
Baharuddin mengulas kenyataan Hishammuddin bahawa Kementerian Dalam Negeri akan meneliti semula 32 Akta lain selain ISA, yang tidak relevan dengan keadaan semasa.
Ia termasuk Akta Kediaman Terhad 1933, Pencegahan Jenayah 1959, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Benda-benda Kakisan dan Letupan dan Senjata untuk Menyerang 1958, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, Akta Perniagaan Secondhand 1946, Akta Keadilan Jenayah 1953 dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1960.
Posted by Pandi Gustoromo, Md at 6:27 AM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
JKM Lindungi PATI..? - Sabahdaily
KEMENTERIAN Dalam Negeri digesa menyiasat kegiatan pihak tertentu menggunakan pejabat Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 16, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu sebagai tempat ‘menghalalkan’ pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan pihak berkuasa atas kesalahan imigresen.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendedahkan sindiket ini sudah terlalu lama menjalankan kegiatan haram bersubahat membebaskan PATI yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara atas kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen dan melibatkan ‘penjualan’ surat daripada Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Ketua Menteri.
Dalam kes terbaru kata Jeffrey, seorang pemegang pas lawatan IMM13, Arum Bin Alisan (IP/12081-5798) yang menetap di kampung Inanam telah mengemukakan rayuan kepada Pengarah Imigresen Sabah untuk membebaskan isterinya, Satra Bin Adul yang ditahan reman (0461) pada 16 Disember 2008 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Walaupun perayu tidak menandatangani surat rayuan berkenaan dan surat perayu bertarikh 3 Jun 2009 namun setiausaha Sulit Menteri Di Jabatan Ketua Menteri telah menulis surat sokongan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah melalui surat bil. MJKM:DNTS/SUS/100/009 bertarikh 18 Februari 2009, iaitu empat bulan lebih awal daripada surat perayu, menyokong rayuan pemohon,” ujar Jeffrey yang menyifatkan kejadian ini seperti harapkan pagar, pagar menimpa padi.
Isteri perayu telah ditahan di Pusat Tahanan Sementara Kem Paradise Kota Belud sejak ditangkap pihak berkuasa kerana hanya memiliki Sijil Banci bernombor B 017668 yang kini kononnya dalam proses permohonan IMM 13.
“Bukankah IMM 13 hanya dikeluarkan oleh kepada Pelarian Filipina yang datang ke Sabah sekitar 1970-an dan bukan kepada PATI yang baru datang ke Sabah seperti isteri perayu yang dibanci pada 19 Mei 1990 ketika gerakerja pendaftaran PATI dilancarkan Pasukan Petugas Khas Persekutuan?,” ujar Jeffrey yang menggesa agar Unit Penempatan di Jabatan Ketua Menteri dimansuhkan serta merta.
Unit Penempatan JKM, Kata Jeffrey, yang selama ini digelar penduduk tempatan Sabah sebagai ladang ternakan PATI yang dilesenkan di Sabah dan tindakan mereka melindungi PATI menggunakan jentera kerajaan adalah kegiatan subversif dan mengancam kedaulatan negara.
“Kita juga merayu agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berpeluk tubuh di dalam bilik berhawa dingin dan menyiasat bagaimana PATI ini boleh berada di Sabah dan diberi dokumen melalui sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan menteri terbabit,” ujar Jeffrey yang memaklumkan bahawa PATI boleh memiliki surat berkenaan dengan harga antara RM300 hingga RM3,000.
PATI yang mendapat ’suaka’ daripada JKM ini, kata Jeffrey, bebas bergerak ke sana ke mari sekalipun tidak memiliki sebarang dokumen kerana ramai saudara mara mereka bekerja di Jabatan Imigresen, Polis dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Sehubungan itu kata Jeffrey, beliau mendesak JKM mengeluarkan kenyataan bertulis di akhbar tempatan memaklumkan senarai nama pemegang IMM 13 yang sebenar kerana jumlah pelarian Filipina semakin bertambah ramai sedangkan Kerajaan tidak pernah menandatangani Protokol 1967 berhubung Orang Pelarian.
Sejak penutupan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berhubung Orang Pelarian (UNHCR), jumlah pelarian Filipina masih menjadi misteri seolah-olah mereka tidak pernah mati sekalipun ramai daripada mereka telah memiliki kad pengenalan Malaysia melalui jalan songsang.
“Kini ramai daripada mereka telah diberi taraf penduduk tetap dan sekaligus mencabul Perlembagaan Negara, namun masih ramai lagi yang memohon status Pelarian IMM 13 sedangkan Selatan Filipina bukan lagi di kancah peperangan,” ujar Jeffrey yang kesal kerana Kerajaan Persekutuan gagal menangani isu Pelarian Perang ini sejak 1970-an walaupun telah menimbun pelbagai janji manis setiap kali menjelang pilihanraya umum semata-mata untuk memancing undi. -Sabahkini
Posted by Pandi Gustoromo, Md at 4:51 PM 0 comments
Labels: Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, PTI Sabah
Khidmat City Bus untuk segelintir pihak: Pengadu - NST

“Saya bukannya menolak pembaharuan, cuma berha-rap pembaharuan yang dila-kukan tidak hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak sahaja”. Begitulah luahan pengadu kepada Action-line mengenai perkhidmatan City Bus yang berkuat kuasa pada 1 Jun lepas.
Katanya, “aktiviti harian saya bertambah sukar setelah bas mini dan bas berhenti-henti tidak dibenarkan beroperasi di sekitar Bandar Raya. Malah saya juga terpaksa membelanjakan RM19.00 sehari sebagai tambang pengangkutan.
“Bayangkan, saya tinggal di Tuaran dan perlu membayar RM4 ke Kota Kinabalu. Seti-banya di Terminal saya perlu membayar RM 0.50 untuk ke pasar. Selepas membeli barang-barang yang diperlukan saya menunggu di perhentian bas Pasar Besar KK namun tidak ada satu pun City Bus yang boleh saya naiki. Ini kerana mereka hanya mengambil pe-numpang dan bukannya ba-rang-barang yang dibawa oleh penumpang. Saya menunggu selama beberapa jam dan akhir-nya putus asa … Saya tidak mempunyai pilihan selain me-nggunakan perkhidmatan Teksi ke Terminal dan saya terpaksa membayar tambang sebanyak RM10. Setibanya di Terminal saya menaiki bas mini Tuaran dan sekali lagi membayar RM4. Belum kira lagi masa yang terbuang dan barang-barang niaga yang jadi layu dan tidak segar,” jelasnya.
“Bagi saya, jika hal ini berlanjutan teruklah hidup pengguna yang berniaga seperti saya. Bayangkanlah, bagai-mana kami mahu berniaga jika masa kami banyak dibuang untuk menunggu City Bus? Malah, saya rasa tidak ada pengguna yang mahu membeli sayur yang sudah layu dan ikan yang tidak segar,” ujarnya sedih.
“Jika dulu saya hanya perlu naik bas mini dari Tuaran ke Pasar dan menunggu bas mini dari pasar ke Tuaran. Jadi tambang yang perlu dibelanjakan hanya RM8. Malah konduktor bas mini juga akan membantu pengguna yang sarat dengan barang utuk dimasukkan dalam kenderaan. Tetapi kini …” adunya.
Pengadu turut memberitahu Actionline bahawa beliau turut berasa ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan City Bus setelah melihat keadaan bas yang penuh sesak dengan penumpang, malah boleh di-katakan seperti ‘Ikan Sardin’.
“Saya mula terfikir jika hal sebegini tidak dipantau, saya yakin pelbagai gejala boleh berlaku seperti kes seluk saku ataupun kena raba … Mungkin kini belum ada kes yang dilaporkan tetapi jangan sampai masalah seperti ini berlaku barulah perkara ini diambil perhatian” tambahnya.
“Sebagai pengguna yang menjadikan kenderaan awam sebagai pengangkutan utama, saya memohon kepada pihak yang bertanggungjawab agar memantau semula keadaan ini. Jika hal ini sudah ditetapkan dan tidak boleh dikaji semula, saya berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah yang kami alami,” pintanya.
J Jurucakap LPKP ketika dihubungi oleh Actionline memberi jaminan akan membuat pantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pe-numpang terjamin.
Katanya, “mungkin buat masa sekarang hanya enam buah City Bus sahaja yang beroperasi dan tidak mustahil timbulnya isu ‘ikan sardin’ terutamanya pada waktu puncak. Namun pihak kami sebenarnya sentiasa memantau keadaan seperti ini dari semasa ke semasa bagi kebaikan semua pihak khususnya pengguna kenderaan awam (City Bus). Jika City Bus ataupun mana-mana kenderaan awam yang didapati membawa penumpang melebihi had, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan”.
Ketika ditanya mengenai berkenaan dakwaan pengadu terhadap pemandu dan konduktor City Bus yang hanya mahu mengambil penumpang sahaja tanpa menghiraukan barang-barang yang dibawa oleh pe-numpang, beliau berharap agar pengadu dapat memberikan maklumat lengkap bagi memudahkan pihak LPKP mengambil tindakan.
“Mungkin agak sukar untuk individu mendapatkan gambar pemandu, konduktor dan juga City Bus yang berkenaan… Justeru perkara penting yang patut dilakukan oleh pengadu ialah memberitahu pihak kami nombor kenderaan, tempat, masa dan tarikh kejadian. Ke-empat-empat perkara ini amat penting bagi memudahkan ka-mi memanggil pengusaha dan pemandu kenderaan berkenaan seterusnya memberi penerangan kepada mereka (pengusaha dan pemandu) agar lebih ber-hati-hati dan mengutamakan orang awam,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “buat ma-sa sekarang, pengguna kenderaan awam mungkin masih belum dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang ber-laku. Namun pihak kami ber-harap para pengguna dapat ber-sabar kerana bilangan City Bus akan ditambah dalam masa terdekat bagi kemudahan pengguna”.
Posted by Pandi Gustoromo, Md at 4:46 PM 0 comments
Labels: city bus kota kinabalu, Sabah
'Replace non-performing Ybs' among P'pang MCA resolutions -DE
Penampang: MCA Penampang urged the party leadership to amend the constitution to accept only divisional leaders as candidates for general elections.
This was among nine resolutions passed during the division's annual general meeting at its at its premises at Beverly Hills Plaza, Friday.
In his speech, MCA Penampang chief, Datuk Paul Kong also urged the Barisan Nasional (BN) leadership to replace elected representatives who are not performing but merely looking for projects.
He said presently many elected representatives were not doing their job well and that some never even visited their constituencies.
"Occasionally, when they do turun padang (go to the ground) it is just to show their face! Many prefer to spend their time in comfortable air-cond offices, cari jalan (seek fortunes) and projects!
"Some also day-dream of being promoted to full Minister or Deputy Chief Minister. All these YBs are bad apples for our BN government and I hope they will be replaced soon by real hardworking YBs," he said.
He said some candidates would promise everything during election campaigns to gain votes but would forget them after being elected.
"Some being outsiders would promise to move into their constituency after they've won the election. But after being elected, they forget their promises.
"They would stay away from their constituencies for fear that people will come knocking on their door everyday for help. This type of YBs are very irresponsible and they are actually evading their duties.
Some YBs will reason that they have the PKR (People Development Leader) and other officials to help them carry out their duties while they serve from their air-conditioned office," he said.
"I urge the central leadership to take note and only consider local leaders to stand as candidates in future, in their respective constituencies and the divisions. The candidates must also be proposed and endorsed by their respective divisions.
"The last general election had taught us a big lesson and we must learn from it in order to win back the support of the people. Usually, the wrong choice of candidates also contribute to our defeat," he said.
Other resolutions passed by the division were calling for the amendment of the party constitution to allow for direct election of state chairmen by divisional delegates from each state.
Currently, all MCA state liaison chairmen are appointed by the party's central leadership.
The other resolutions were fully supporting Najib's leadership and his concept of "1Malaysia, People First, Action Now" as well as fully supporting the leadership of MCA President Dato Seri Ong Tee Keat, the leadership of Chief Minister Datuk Seri Musa Hj Aman and his newly-reshuffled Cabinet, calling for the Senatorship vacated by Datuk Robert Chew to be retained in Sabah, and supporting Division Chairman, Datuk Paul Kong Sing Chu to be appointed to the post.
The division also called for the Central and State leaderships to lobby for more posts and positions for MCA members as well as for BN Penampang to hold more regular round-table meetings in order to strengthen the relationship between BN component parties in Penampang.
The other resolution called on the relevant authorities to create one Chinese Kapitan post to cover such places like Beverly Hills, Taman Penampang and Jalan Bundusan area.
Besides this, Kong also urged the central leadership to provide more resources directly to his division to strengthen its position to face future challenges, especially now that the division is also the only division in Sabah having a State constituency to look after.
He noted that the two councillor posts left vacant by Sabah Progressive Party (SAPP) after it pulled out of BN last September were given to Sabah MCA leaders i.e. Robert Chin and David Tan.
"I express my biggest thanks to Datuk Hajiji Mohd Nor, the Minister of Local Government and Housing for their appointments," he said.
Later, he received the applications of 121 new members from Penampang.
Also present at the occasion were MCA Penampang adviser, Senator Dato' Dr How Kok Choong, its deputy chairman, Robert Chin and its Youth Chief cum MCA Sabah vice Youth Chairman, David Tan Chik Tiam.
Posted by Pandi Gustoromo, Md at 4:38 PM 0 comments
Concessionaire has failed: YB -DE
Kota Kinabalu: Assistant State Community Development and Consumer Affairs Minister, Herbert Timbon Lagadan, wants the Public Works Department (JKR) to come in where a road concessionaire had failed to repair and maintain kampung roads in his constituency.
He feared failure to do so might backfire on the Barisan Nasional.
"I hope JKR can do something to alleviate the situation in Kadamaian, just as in other areas. The condition of the roads really warrants an upgrade as otherwise the Rakyat will get angry with the State BN," said Timbon, who is also Kadamaian Assemblyman.
It is understood that maintenance of some of the kampung roads (in Kadamaian) is under the purview of a company, but the villagers claimed these roads had not been maintained nor upgraded for many years.
He urged PWD Director, John Anthony, to request for funds to upgrade these roads, some barely passable by light vehicles.
Posted by Pandi Gustoromo, Md at 4:32 PM 0 comments
Labels: Assistant State Community Development and Consumer Affairs Minister, Herbert Timbon Lagadan






