Sunday, June 21, 2009

Khidmat City Bus untuk segelintir pihak: Pengadu - NST


“Saya bukannya menolak pembaharuan, cuma berha-rap pembaharuan yang dila-kukan tidak hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak sahaja”. Begitulah luahan pengadu kepada Action-line mengenai perkhidmatan City Bus yang berkuat kuasa pada 1 Jun lepas.

Katanya, “aktiviti harian saya bertambah sukar setelah bas mini dan bas berhenti-henti tidak dibenarkan beroperasi di sekitar Bandar Raya. Malah saya juga terpaksa membelanjakan RM19.00 sehari sebagai tambang pengangkutan.

“Bayangkan, saya tinggal di Tuaran dan perlu membayar RM4 ke Kota Kinabalu. Seti-banya di Terminal saya perlu membayar RM 0.50 untuk ke pasar. Selepas membeli barang-barang yang diperlukan saya menunggu di perhentian bas Pasar Besar KK namun tidak ada satu pun City Bus yang boleh saya naiki. Ini kerana mereka hanya mengambil pe-numpang dan bukannya ba-rang-barang yang dibawa oleh penumpang. Saya menunggu selama beberapa jam dan akhir-nya putus asa … Saya tidak mempunyai pilihan selain me-nggunakan perkhidmatan Teksi ke Terminal dan saya terpaksa membayar tambang sebanyak RM10. Setibanya di Terminal saya menaiki bas mini Tuaran dan sekali lagi membayar RM4. Belum kira lagi masa yang terbuang dan barang-barang niaga yang jadi layu dan tidak segar,” jelasnya.

“Bagi saya, jika hal ini berlanjutan teruklah hidup pengguna yang berniaga seperti saya. Bayangkanlah, bagai-mana kami mahu berniaga jika masa kami banyak dibuang untuk menunggu City Bus? Malah, saya rasa tidak ada pengguna yang mahu membeli sayur yang sudah layu dan ikan yang tidak segar,” ujarnya sedih.

“Jika dulu saya hanya perlu naik bas mini dari Tuaran ke Pasar dan menunggu bas mini dari pasar ke Tuaran. Jadi tambang yang perlu dibelanjakan hanya RM8. Malah konduktor bas mini juga akan membantu pengguna yang sarat dengan barang utuk dimasukkan dalam kenderaan. Tetapi kini …” adunya.

Pengadu turut memberitahu Actionline bahawa beliau turut berasa ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan City Bus setelah melihat keadaan bas yang penuh sesak dengan penumpang, malah boleh di-katakan seperti ‘Ikan Sardin’.

“Saya mula terfikir jika hal sebegini tidak dipantau, saya yakin pelbagai gejala boleh berlaku seperti kes seluk saku ataupun kena raba … Mungkin kini belum ada kes yang dilaporkan tetapi jangan sampai masalah seperti ini berlaku barulah perkara ini diambil perhatian” tambahnya.

“Sebagai pengguna yang menjadikan kenderaan awam sebagai pengangkutan utama, saya memohon kepada pihak yang bertanggungjawab agar memantau semula keadaan ini. Jika hal ini sudah ditetapkan dan tidak boleh dikaji semula, saya berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah yang kami alami,” pintanya.

J Jurucakap LPKP ketika dihubungi oleh Actionline memberi jaminan akan membuat pantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pe-numpang terjamin.

Katanya, “mungkin buat masa sekarang hanya enam buah City Bus sahaja yang beroperasi dan tidak mustahil timbulnya isu ‘ikan sardin’ terutamanya pada waktu puncak. Namun pihak kami sebenarnya sentiasa memantau keadaan seperti ini dari semasa ke semasa bagi kebaikan semua pihak khususnya pengguna kenderaan awam (City Bus). Jika City Bus ataupun mana-mana kenderaan awam yang didapati membawa penumpang melebihi had, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan”.

Ketika ditanya mengenai berkenaan dakwaan pengadu terhadap pemandu dan konduktor City Bus yang hanya mahu mengambil penumpang sahaja tanpa menghiraukan barang-barang yang dibawa oleh pe-numpang, beliau berharap agar pengadu dapat memberikan maklumat lengkap bagi memudahkan pihak LPKP mengambil tindakan.

“Mungkin agak sukar untuk individu mendapatkan gambar pemandu, konduktor dan juga City Bus yang berkenaan… Justeru perkara penting yang patut dilakukan oleh pengadu ialah memberitahu pihak kami nombor kenderaan, tempat, masa dan tarikh kejadian. Ke-empat-empat perkara ini amat penting bagi memudahkan ka-mi memanggil pengusaha dan pemandu kenderaan berkenaan seterusnya memberi penerangan kepada mereka (pengusaha dan pemandu) agar lebih ber-hati-hati dan mengutamakan orang awam,” jelasnya.

Tambahnya lagi, “buat ma-sa sekarang, pengguna kenderaan awam mungkin masih belum dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang ber-laku. Namun pihak kami ber-harap para pengguna dapat ber-sabar kerana bilangan City Bus akan ditambah dalam masa terdekat bagi kemudahan pengguna”.

0 Comments: